Hari 01 (KUALA LUMPUR-JAKARTA) (MM)
Di kehendaki berada di KLIA 3 jam sebelum berlepas untuk urusan check-in.. Berlepas dengan penerbangan pilihan anda. Setibanya di Soekarno-Hatta airport, wakil kami akan menyambut ketibaan anda dan terus dibawa ke hotel . Makan malam disediakan di Indonesian Seafood Restaurant.
Hari 02 (JAKARTA-PUNCAK) (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke PUNCAK tetapi sebelum itu singgah di MONAS (Tugu Kebangsaan) iaitu mercu tanda Bandar Megapolitan Jakarta., kemudian ke Rumah Batik dan seterusnya ke Taman Mini Indonesia Indah di mana anda dapat melihat replika rumah-rumah tradisional 26 wilayah Indonesia dan kraftangan . Selepas makan tengahari di Bogor , anda akan dibawa ke SAFARI PARK (di mana anda boleh mengambil gambar bersama anak singa, harimau , orang utan dan binatang-binatang lain dan melihat Pertunjukkan Cowboy ) Sebelah petangnya pula anda akan dibawa ke Masjid Besar di Puncak Tea Mountain Resort. Kemudian pulang ke hotel selepas makan malam.
Hari 03 (PUNCAK-BANDUNG) (SP/MT/MM)
Pada hari ini, anda akan dibawa pula ke BANDUNG untuk melihat Gunung Tangkuban Perahu dan Kawasan Air Panas Ciater. Selepas itu acara membeli belah di CIHAMPELAS JEANS CENTRE dan “Factory Outlet”. Dalam perjalanan anda akan singgah juga di Cianjur Snacks & Crackers untuk membeli buah tangan untuk dibawa pulang.
Hari 04 (BANDUNG - JAKARTA) (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, anda akan dibawa semula ke Jakarta dan dalam perjalanan singgah ke PASAR BARU, Bandung. Setibanya di Jakarta , anda akan sekali lagi dibawa membeli belah ke ITC CEMPAKA MAS SHOPPING CENTER. Makan Tengahari & Makan malam disediakan di restoran halal tempatan.
Hari 05 (JAKARTA – KUALA LUMPUR) (SP)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa membeli-belah ke MANGGA DUA SHOPPING COMPLEX sebelum berangkat ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.
HOME SWEET HOME.
Harga Pakej Untuk Seorang (RM) – Ground Sahaja..
RM 720 RM678 RM648
(5-10 PAX) (11-15 PAX) (16 PAX KEATAS)
ü Penginapan selama 4 malam di hotel 4/3 bintang.
ü Makanan HALAL di Restoran Muslim.
ü Pengangkutan dan lawatan seperti aturcara.
ü Perkhidmatan pemandu pelancong tempatan.
ü Insuran Perjalanan.
ü Tiket masuk (lawatan).
ü Cenderahati dari Kiswah Travel & Tour.
Harga TIDAK Termasuk :
- Tiket penerbangan & Cukai lapangan terbang JKT (lebih kurang RM 40 seorang)
- Segala perkhidmatan tambahan di hotel
- Tip untuk pemandu pelancong dan driver.
Sila Hubungi :
03-4149 8866
(KISWAH TRAVEL & TOURS)
No comments:
Post a Comment